Wednesday, 9 January 2013

Kemana aku menghilang???

Assalamualaikum...salam sejahtera..setelah agak berbulan aku biarkan blog ni bersawang..akhirnya..I'm Back!!!haha..masa untuk aku berkata-kata dan mencurah perasaan kini kembali..secara jujurnya 2012 merupakan tahun yang agak baik dan sangat2 sibuk bagi diriku kerana aku merupakan pelajar tahun akhir dan juga bekerja pada masa yang sama..sebaik sahaja berjaya memboloskan diri dari cengkaman KLMU..(habis belajar daaa..) 6 bulan sebelum habis belajar satu company sambar aku kerja under dowunk...construction company...waa jadi sales exec kowt..macam2 jadi pelbagai ragam customer yang aku lihat..belajar macam2 cara nak deal nan customer macam mana nak dapat tender..satu perkara yang memberikan aku pengalaman serta pengajaran..sangat2 la meletihkan sampai kadang2 kelas pun aku tak pergi asyik kena ikut bos dengan customer je..macam mana aku boleh handle pun aku tak tahu tapi alhamdullilah habis gak belajar dalam aku kerja tu kan..tak sampai dua bulan tinggalkan KLMU haha..secara rasminya BRACES melekat kt gigi aku ni..memang aku plan nak pakai lepas habis belajar sebab agak sukar aku nak buat treatment..cabut gigi bagai semua masa aku tengah belajar..tak dapat aku bayangkan dengan gigi tak de semua nak pergi kelas..ishhh..mana mahunya macam tu..dalam masa yang sama ibu aku pulak hari2 bersyarah.."p la sambung belajar..p la sambung belajar" hari2 dok letiaq kat aku benda yang sama..naik menanah gak la telinga ni..bukan apa aku baru habis belajar baru nak rasa pegang duit sendiri alih2 ibu pulak boleh kacau line suruh aku pegi belajar..apa ni???kemudian datang satu tawaran untuk aku bekerja di Dubai..ibu adalah orang yang paling menentang keras sekali..meleleh gak la air mata ni sebub cita2 tak kesampaian..all of negative things about Dubai inside her mind...1 aku cakap sepuluh dia bangkang..macam mana nak tepis pun aku tak tahu dah..air mata pun tak berguna..hehehe bukan apa orang cakap air mata adalah senjata utama seorang wanita..tapi kenapa dengan ibu tak berkesan pun..cett!!!APTB..setelah jiwa ni tidak lagi memberontak sebub hajat nak ke Dubai tak jadikan (pasrah jela)..tetiba ibu buat surprise pulak dekat aku...katanya macam ni.."i know what you want but believe me you are not ready enough to be in that kind of place..how to fly if you don't have a pair of wings with you..tell me?" haha..makan dalam kowt ayat ibu aku ni kan..? "I will send you to CHINA and you can further your study over there..I already applied it for you so just wait for the answer" dang!!!satu batu besar hempap atas kepala aku..maju sangat ibu ni pun tak boleh jugak sejak2 ada FB ni macam2 dia tahu...sumpah masa tu aku speechless giler tak tahu nak cakap apa.."Just finish your study over there than you can go anywhere that you like..take this chance as your basic and learn how to survive in a new environment..let's see how you handle this new thing..yang penting ibu rasa Cina lagi ok dari Dubai"...so aku diterima belajar dekat Jinan University Guangzhou China..dua minggu sebelum raya aku letak jawatan dari construction company and dua minggu lepas raya aku tinggalkan Malaysia dengan hati yang sangat berat..sebub aku takut nak hadapi hidup baru dekat negara orang..macam-macam aku fikir tak ada yang positif negatif memanjang..sampai Cina sebulan jugak menangis and tak lalu makan berat badan pun turun mendadak..tapi alhamdullilah aku mula biasakan diri aku hidup sebagai anak perantauan jauh dari sanak saudara dan sahabat handai..mula senang bergaul dengan teman2 baru..Benar kali pertama aku menjejakkan kaki aku di Cina dalam keadaan terpaksa kerana aku tidak mahu berada disitu, ini semua dilakukan kerana aku akur pada kehendak ibu..tapi setelah berperang dengan diri sendiri menolak segala yang negatif aku sedikit demi sedikit aku mulai sukakan negara ini..dan dapat aku rasakan keputusan ibu menghantar aku ke sini sangat tepat...membuka mata dan minda aku terhadap kehidupan dunia pada masa kini..Kepada yang maha mengetahui segalanya aku bersyukur padamu kerna malaikat suci yang engkau kirimkan padaku sentiasa menyayangi, melindungi dan menjaga aku dengan sempurna..tidak ada kilafnya pada aku..melainkan kekilafan aku sendiri kepadanya..Ibu thank you for everything..masa berlalu..pejam celik..pejam celik..dah empat bulan aku dekat negara orang..masa untuk pulangkan tanah air..hahaha..heaven rasenya dapat balik Malaysia..boleh hari2 online FB n TWITTER..tak dapat dinafikan internet dekat China sangat murah dan sangat2 la ok line dia tapi masalahnya aku tak boleh online fb, twitter, tengok youtube..usha blog pun tak boleh inikan lagi nak tulis2 bagai dalam blog..tak dapat la der..sebab Cina block semua benda2 ni selamat skype dowunk tak block..boleh la guna proxy, freegit, daidostup bagai semua nak bukak web yang dowunk blog tapi lembap nak mampus..cuba bukak web yang tak di unblock kemain laju lagi..so ni la cerita dia kemana aku menghilang selama ini..kerana aku sangat2 la busy tak ada masa nak bukak blog sendiri..bila dah tak busy kembali belajar sepenuh masa blog plak aku tak boleh bukak..macam2 hal la..apa2 pun hujan emas dinegeri orang hujan batu dinegeri sendiri..macam mana pun MALAYSIA tetap dihati ku..

Sunday, 21 August 2011

Kepincangan Sebuah Keluarga..mana letaknya???

Kata kuwh hari ni>>>Bersyukur sangat2 ke hadrat ilahi..kerana aku mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. Pernahkah kita semua terfikir, bagaimana jika kita hidup dalam sebuah keluarga yang dasarnya goyah? ibunya ke timur dan ayah nya pula ke barat?  mampukah anak2 yang sedang meniti perjalanan hidup, meneruskan hidup mereka dalam keadaan yang tertekan lagi terumbang-ambing??? Konflik rumah tangga yang terjadi sehingga tercetusnya penceraian ini, mampu mengundang seribu satu macam kesan terhadap anak2 yg sedang membesar terutamanya remaja. Bagi pendapat aku, jika terjadinya penceraian didalam sesebuah keluarga, anak2 haruslah memainkan peranan yang penting, mereka tidak boleh terus-terusan hanyut memberontak, mebiarkan rasa tertekan menular didalam diri mereka. Pasangan bercerai juga seharusnya pandai mengawal keadaan, pastikan emosi anak2 tidak terjejas, bawa berbincang supaya mereka boleh memahami situasi yang sebenar, dan janganlah bersikap tidak ambil tahu mengenai kehidupan anak2 mereka. No matter what, anak2 tetap memerlukan ibu bapa sebagai tunggak mereka. Itu adalah pendapat yang boleh aku berikan. Kita yang tentukan haluan kita sendiri, jangan jadikan masalah itu sebagai satu alasan. Hidup kita, cara kita, kita yang tentukan. Sama ada baik atau buruk diri kita, hati kita yang meminta, bukan sesiapa.  Pastikan segalanya ke arah positif, memang takdir itu tuhan yang menentukan, tetapi allah sendiri berkata kita mampu mengubahnya jika kita benar2 berusaha dan memohon padanya, selepas itu hendaklah kita pasrah,redha dan tawakal dengan apa yang kita usahakan, nescaya perkara baik yang akan berlaku. Kerana allah itu maha mendengar lagi maha mengasihani. Kita yang akan bawa diri kita sehingga ke akhir garisan penamat. Jadi jangan dipersoalkan kenapa anak dari pasangan yang bercerai, anak yang tiada ibu bapanya, anak yang tidak cukup kasih sayangnya, mampu berjaya didalam kehidupan mereka, dan jangan sesekali kamu menunding jari terhadap orang lain diatas kegagalan kamu sendiri, dan jangan sesekali kamu menyalahkan takdir kerana kamu sendiri yang sebenarnya mencorakkan realiti kehidupan ini. Jika ibu bapa bercerai tetapi mereka pandai mengawal keadaan, dan anak2 memberikan kerjasama yang baik, pasti tidak akan ada kepincangan dalam keluarga mereka, apa pun yang terjadi, hubungan ayah dah anak, anak dan ibu, juga adik-beradik tidak akan putus sama sekali walaupun ibu dan bapa bercerai, yang berakhir hanya kehidupan sebagai suami isteri. Kehidupan sebagai keluarga tidak akan berakhir. Jadi sama2lah kita renung2kan...

Thursday, 18 August 2011

Ketagih Seks Siber

Kata ku hari ni>>>Ketagih seks siber???eeeuuuuuwwwww!!!!what da duck???haihh!!!macam2 la manusia zaman sekarang ni. Al-kisah nya.. tersebut la kisah salah seorang housemate aku, Zila bkn nama sebenar, dia ni agak cantik jugak la bagi mata ak, berambut panjang, berkulit cerah, bentuk tubuh badan yang agak baekkk, hahahaha..kira okayh la muka type2 perempuan melayu, umur dia ni muda lagi baru 19 tahun. Remaja belasan tahun zaman sekarang ni standard la sume dah pandai bercinta, berkapel2 bagai semua. Si boyfriend dia pulak umur 28 tahun, nama tak payah sebut la buat semak je, tak penting pun dalam hidup aku. Satu hari nak di jadikan cerita, si Zila ni tergerak hati nak bukak yahoo mail boyfriend die walaupun dia tak tahu password ym si boyfie dia tetap berusaha untuk menggodam ym si boyfie, tekan punya tekan papan kekunci lappy akhirnya berjaya jugak dia menggodam masuk ym si boyfie tu sebab si boyfie guna nama bapak dia sebagai password. Apa lagi si Zila mulalah menggeledah segala isi kandungan dalam ym boyfriend dia. Hati awek mana tak hancur, terluka ,terguris lagi terhiris bila baca conversation pakwe dia dengan perempuan lain, bukan sekadar conversation yang biasa2, jika biasa2 mungkin la boleh di maafkan, tetapi kalau conversation yang luar biasa macam mana???hadoi!!!!kesian dekat member aku tu..berbaldi2 air mata yang keluar sebab tak percaya orang yang dia sayang selama ni sanggup buat perkara terkutuk lagi keji plus memalukan tu. Bukan sekadar 2 3 conversation tapi beratus yang ada, sampai tak sanggup nak baca. Salah satu ayat yang aku boleh ingat 'love your BR***T sayang', ' saya SANGAP ni', 'KO**K saya stim ni'..what da fuck!!!!apa semua ni???yang si perempuan boleh pulak membalas bagi saya tengok KO**K awak la apa la..haiihh!!!! aku selaku perempuan automatik jadi malu sial bila tengok perempuan2 bodoh dalam tu bagi respond macam haram jadah semua. Bukan setakat conversation sahaja video2 call siap bagai semua. Bila dah bervideo2 calling bagai apa lagi, paham2 sendiri lah kan. Aku tak paham la, kenapa mesti ada kejadian yang macam ni. Ak sedar, that im not good enough untuk sentuh2 soal agama dengan lebih mendalam, dosa tu dah satu hal, tapi maruah kau letak dekat mana ??? tak kira la baik laki ataupun perempuan, mesti ke kau berkelakuan macam tu??? tak kisah la korang nak cakap benda tu tak ada apa, coz bukan kenal, bukan jumpe ke apa ke, tapi korang tahu tak benda tu boleh menimbulkan ketagihan pada korang. Kesian nanti dekat family korang kalau dapat tahu. Ubah la sebelom terlambat benda akan mengundang padah tahu tak??? aku dapat paham perasaan Zila, kesian dekat dia. Yang si lahanat tu pulak boleh pretend macam tak ada apa2 berlaku, mengelak bagai semua, siap cakap dia tak tahu pape lagi, cibai kan??? kesimpulan dia sekarang, kami semua nak kau teruskan hidup kau Zila, tak guna bersedih untuk orang yang macam tu, kau cantik, ada rupa semua so tak ada apa yang perlu kau risau kan. Sayang tu memang la sayang, tapi kau kene fikir jugak masa depan kau, buat nya dia ambil kesempatan dekat kau macam mana???tak ke susah. jangan risau kami kawan2 sentiasa ada untuk kau kayh, Senyum Zila sebab tuhan nak temukan kau dengan insan lain, yang jauh lagi bagus dan baik, bukan dengan si lahanat tu. Orang macam tu jangan di bagi muka, dia memang ketagih seks siber, ko tengok la semua ym2 die dengan perempuan2 tu macam mana, and how long dah die ber ym mcm tu??? kalau dia sayangkan kau mesti dia akan fikir kau dan tak buat macam tu, cakap nak tidur la apa lah, padahal check ym boleh pulak layan conversation yang merepek2 tu kan. Semua yang berlaku ada hikmahnya, so kau lupakan jelah dia. Senyum kayh.. (=










nie CONTOH artikal yang aku jumpa pasal lelaki yg ketagih seks siber




Suami Ketagih Seks Siber

penderaanDia tidak pernah meninggalkan solat selain pandai mengaji al-Quran, namun memiliki perangai pelik iaitu gemar berbual lucah dan menggoda teman siber di laman sembang.
Apabila ditegur supaya menghentikan perbuatan itu, lelaki terbabit naik angin lalu membelasah isterinya hingga cedera sebelum melakukan seks ganas terhadapnya.
Kepala wanita itu turut dihantuk ke dinding, ditumbuk dan dipijak dalam bilik air menyebabkan mangsa tinggal nyawa-nyawa ikan.
Dia hanya menghentikan tindakan gila dan kejam itu selepas melihat darah mengalir di tubuh isterinya.
Kehidupan penuh penderitaan itu didedahkan mangsa yang juga seorang pegawai kanan kerajaan kepada Harian Metro, baru-baru ini.
Dia yang mahu dikenali sebagai Julia, 30-an, turut menunjukkan lebih 10 laporan polis berkaitan tindakan ganas suaminya.
Menurut Julia, dia tidak menyangka suaminya yang alim dan pandai mengaji al-Quran gemar melayari laman sembang untuk menggoda dan berbual lucah dengan gadis sunti dan pelajar perempuan.“Suami saya yang berusia 40-an mula menggatal ketika menjalinkan hubungan intim dengan teman siber yang kebanyakan gadis muda.
“Bukan itu saja, dia sering berbual melalui video secara langsung dengan gadis yang menjadi teman sibernya sambil menggunakan perkataan lucah dan menggoda bagi merangsangkan diri dan gadis terbabit,” katanya.
Katanya, dia pernah terserempak pelbagai perkataan dan gambar lucah digunakan suami yang mungkin untuk menaikkan keghairahan gadis siber yang menjadi temannya.
“Apabila saya dapat menghidu perbuatan suami, bermula derita saya yang dijadikan tempat untuk dibelasah sehingga berdarah dan lebam di beberapa bahagian badan.
“Paling terbaru, apabila berlaku sedikit perselisihan sebelum saya dibelasah dan dicekik sebelum dicampakkan di atas katil.
“Suami turut menekan tangan saya dengan lutut dan menggigit dagu hingga berdarah selain beberapa kali meludah muka saya,” katanya yang mempunyai tiga anak berusia tiga dan tujuh tahun.
Julia juga mendakwa pernah diugut dibakar mukanya menggunakan pemetik api oleh lelaki terbabit.
Malah, muka wanita itu pernah cedera akibat disambar api yang diacukan.
Sambil menitiskan air mata, wanita itu menyatakan dia sudah mengambil beberapa langkah bagi mempertahankan diri termasuk membuat 10 laporan polis bagi mengelak daripada terus menjadi belasahan suami.
Dia pernah membawa polis ke rumah selepas dibelasah hingga cedera, tetapi sebaik polis pulang, suaminya terus membelasah diri tanpa mampu mempertahankan diri.“Saya cuba mendapatkan perlindungan untuk tinggal berasingan melalui proses undang-undang, tapi tidak diendahkan suami yang terus menerus membelasah saya dengan mencekik dan mengugut mahu mencederakan muka saya,” katanya yang mengakui suami sudah dikenakan tindakan undang-undang apabila ingkar arahan berkenaan.
Katanya, dia sudah melakukan sebaik mungkin sebagai isteri bagi mempertahankan usia perkahwinan yang sudah menjangkau lebih 10 tahun.
Menurutnya, dia tidak mempunyai pilihan selain mengemukakan tuntutan fasakh di mahkamah syariah dan berharap permohonan itu dapat disegerakan.
“Sebagai wanita yang sudah diperlakukan sebagai binatang, saya sudah tidak ada perasaan lagi terhadap lelaki terbabit.
“Apa yang mahu saya lakukan sekarang adalah keluar daripada kehidupan seperti haiwan itu dan dapat membesarkan anak dengan penuh kasih sayang,” katanya yang masih trauma walaupun suaminya itu sudah tinggal berasingan sekarang.
Bagaimanapun, Julia masih bimbang tindakan tidak menentu suami apabila mengetahui tuntutan di mahkamah syariah sudah dilakukan.
Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad