Thursday, 18 August 2011

Ketagih Seks Siber

Kata ku hari ni>>>Ketagih seks siber???eeeuuuuuwwwww!!!!what da duck???haihh!!!macam2 la manusia zaman sekarang ni. Al-kisah nya.. tersebut la kisah salah seorang housemate aku, Zila bkn nama sebenar, dia ni agak cantik jugak la bagi mata ak, berambut panjang, berkulit cerah, bentuk tubuh badan yang agak baekkk, hahahaha..kira okayh la muka type2 perempuan melayu, umur dia ni muda lagi baru 19 tahun. Remaja belasan tahun zaman sekarang ni standard la sume dah pandai bercinta, berkapel2 bagai semua. Si boyfriend dia pulak umur 28 tahun, nama tak payah sebut la buat semak je, tak penting pun dalam hidup aku. Satu hari nak di jadikan cerita, si Zila ni tergerak hati nak bukak yahoo mail boyfriend die walaupun dia tak tahu password ym si boyfie dia tetap berusaha untuk menggodam ym si boyfie, tekan punya tekan papan kekunci lappy akhirnya berjaya jugak dia menggodam masuk ym si boyfie tu sebab si boyfie guna nama bapak dia sebagai password. Apa lagi si Zila mulalah menggeledah segala isi kandungan dalam ym boyfriend dia. Hati awek mana tak hancur, terluka ,terguris lagi terhiris bila baca conversation pakwe dia dengan perempuan lain, bukan sekadar conversation yang biasa2, jika biasa2 mungkin la boleh di maafkan, tetapi kalau conversation yang luar biasa macam mana???hadoi!!!!kesian dekat member aku tu..berbaldi2 air mata yang keluar sebab tak percaya orang yang dia sayang selama ni sanggup buat perkara terkutuk lagi keji plus memalukan tu. Bukan sekadar 2 3 conversation tapi beratus yang ada, sampai tak sanggup nak baca. Salah satu ayat yang aku boleh ingat 'love your BR***T sayang', ' saya SANGAP ni', 'KO**K saya stim ni'..what da fuck!!!!apa semua ni???yang si perempuan boleh pulak membalas bagi saya tengok KO**K awak la apa la..haiihh!!!! aku selaku perempuan automatik jadi malu sial bila tengok perempuan2 bodoh dalam tu bagi respond macam haram jadah semua. Bukan setakat conversation sahaja video2 call siap bagai semua. Bila dah bervideo2 calling bagai apa lagi, paham2 sendiri lah kan. Aku tak paham la, kenapa mesti ada kejadian yang macam ni. Ak sedar, that im not good enough untuk sentuh2 soal agama dengan lebih mendalam, dosa tu dah satu hal, tapi maruah kau letak dekat mana ??? tak kira la baik laki ataupun perempuan, mesti ke kau berkelakuan macam tu??? tak kisah la korang nak cakap benda tu tak ada apa, coz bukan kenal, bukan jumpe ke apa ke, tapi korang tahu tak benda tu boleh menimbulkan ketagihan pada korang. Kesian nanti dekat family korang kalau dapat tahu. Ubah la sebelom terlambat benda akan mengundang padah tahu tak??? aku dapat paham perasaan Zila, kesian dekat dia. Yang si lahanat tu pulak boleh pretend macam tak ada apa2 berlaku, mengelak bagai semua, siap cakap dia tak tahu pape lagi, cibai kan??? kesimpulan dia sekarang, kami semua nak kau teruskan hidup kau Zila, tak guna bersedih untuk orang yang macam tu, kau cantik, ada rupa semua so tak ada apa yang perlu kau risau kan. Sayang tu memang la sayang, tapi kau kene fikir jugak masa depan kau, buat nya dia ambil kesempatan dekat kau macam mana???tak ke susah. jangan risau kami kawan2 sentiasa ada untuk kau kayh, Senyum Zila sebab tuhan nak temukan kau dengan insan lain, yang jauh lagi bagus dan baik, bukan dengan si lahanat tu. Orang macam tu jangan di bagi muka, dia memang ketagih seks siber, ko tengok la semua ym2 die dengan perempuan2 tu macam mana, and how long dah die ber ym mcm tu??? kalau dia sayangkan kau mesti dia akan fikir kau dan tak buat macam tu, cakap nak tidur la apa lah, padahal check ym boleh pulak layan conversation yang merepek2 tu kan. Semua yang berlaku ada hikmahnya, so kau lupakan jelah dia. Senyum kayh.. (=










nie CONTOH artikal yang aku jumpa pasal lelaki yg ketagih seks siber




Suami Ketagih Seks Siber

penderaanDia tidak pernah meninggalkan solat selain pandai mengaji al-Quran, namun memiliki perangai pelik iaitu gemar berbual lucah dan menggoda teman siber di laman sembang.
Apabila ditegur supaya menghentikan perbuatan itu, lelaki terbabit naik angin lalu membelasah isterinya hingga cedera sebelum melakukan seks ganas terhadapnya.
Kepala wanita itu turut dihantuk ke dinding, ditumbuk dan dipijak dalam bilik air menyebabkan mangsa tinggal nyawa-nyawa ikan.
Dia hanya menghentikan tindakan gila dan kejam itu selepas melihat darah mengalir di tubuh isterinya.
Kehidupan penuh penderitaan itu didedahkan mangsa yang juga seorang pegawai kanan kerajaan kepada Harian Metro, baru-baru ini.
Dia yang mahu dikenali sebagai Julia, 30-an, turut menunjukkan lebih 10 laporan polis berkaitan tindakan ganas suaminya.
Menurut Julia, dia tidak menyangka suaminya yang alim dan pandai mengaji al-Quran gemar melayari laman sembang untuk menggoda dan berbual lucah dengan gadis sunti dan pelajar perempuan.“Suami saya yang berusia 40-an mula menggatal ketika menjalinkan hubungan intim dengan teman siber yang kebanyakan gadis muda.
“Bukan itu saja, dia sering berbual melalui video secara langsung dengan gadis yang menjadi teman sibernya sambil menggunakan perkataan lucah dan menggoda bagi merangsangkan diri dan gadis terbabit,” katanya.
Katanya, dia pernah terserempak pelbagai perkataan dan gambar lucah digunakan suami yang mungkin untuk menaikkan keghairahan gadis siber yang menjadi temannya.
“Apabila saya dapat menghidu perbuatan suami, bermula derita saya yang dijadikan tempat untuk dibelasah sehingga berdarah dan lebam di beberapa bahagian badan.
“Paling terbaru, apabila berlaku sedikit perselisihan sebelum saya dibelasah dan dicekik sebelum dicampakkan di atas katil.
“Suami turut menekan tangan saya dengan lutut dan menggigit dagu hingga berdarah selain beberapa kali meludah muka saya,” katanya yang mempunyai tiga anak berusia tiga dan tujuh tahun.
Julia juga mendakwa pernah diugut dibakar mukanya menggunakan pemetik api oleh lelaki terbabit.
Malah, muka wanita itu pernah cedera akibat disambar api yang diacukan.
Sambil menitiskan air mata, wanita itu menyatakan dia sudah mengambil beberapa langkah bagi mempertahankan diri termasuk membuat 10 laporan polis bagi mengelak daripada terus menjadi belasahan suami.
Dia pernah membawa polis ke rumah selepas dibelasah hingga cedera, tetapi sebaik polis pulang, suaminya terus membelasah diri tanpa mampu mempertahankan diri.“Saya cuba mendapatkan perlindungan untuk tinggal berasingan melalui proses undang-undang, tapi tidak diendahkan suami yang terus menerus membelasah saya dengan mencekik dan mengugut mahu mencederakan muka saya,” katanya yang mengakui suami sudah dikenakan tindakan undang-undang apabila ingkar arahan berkenaan.
Katanya, dia sudah melakukan sebaik mungkin sebagai isteri bagi mempertahankan usia perkahwinan yang sudah menjangkau lebih 10 tahun.
Menurutnya, dia tidak mempunyai pilihan selain mengemukakan tuntutan fasakh di mahkamah syariah dan berharap permohonan itu dapat disegerakan.
“Sebagai wanita yang sudah diperlakukan sebagai binatang, saya sudah tidak ada perasaan lagi terhadap lelaki terbabit.
“Apa yang mahu saya lakukan sekarang adalah keluar daripada kehidupan seperti haiwan itu dan dapat membesarkan anak dengan penuh kasih sayang,” katanya yang masih trauma walaupun suaminya itu sudah tinggal berasingan sekarang.
Bagaimanapun, Julia masih bimbang tindakan tidak menentu suami apabila mengetahui tuntutan di mahkamah syariah sudah dilakukan.
Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad

No comments:

Post a Comment